Tiga Maut Kenderaan Bertembung Lori Muatan Kelapa Sawit
LAHAD DATU : Tiga lelaki maut manakala seorang cedera selepas kereta pacuan empat roda mereka bertembung dengan sebuah lori treller membawa muatan minyak sawit di Batu 16,Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kesemua mangsa dikenali sebagai Mohd Azizi, 28 manakala Mohd Rasman Ahmat Kechil, 28 serta Muhammad Zulkhairi ismail, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, pemandu lori treller berumur 61 tahun itu hanya dilaporkan mengalami kecederaan ringan sekali gus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pasukan Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 malam tadi kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bersama 12 anggota diketuai Komander Operasi PBK I Mohammad Akbar Mohambar.
“Selepas tiba di lokasi, kita mendapati tiga orang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan. Pihak bomba mengambil masa selama tiga untuk mengeluarkan mngsa yang remuk dalam kenderaan