SANDAKAN: Salah satu acara zumba terbesar di pantai timur Sabah bakal diadakan di Dewan Serbaguna SM Yu Yuan di sini pada Sabtu ini.
Dance Revolution Zumba Fitness Party dianjurkan oleh Del’s Fitness Centre bersama tenaga pengajar zumba dari seluruh negeri.
Pengerusi Penganjur merupakan tenaga pengajar zumba, Lily Linus, berkata acara itu juga akan menyaksikan penampilan khas oleh tiga tenaga pengajar terkemuka dari Filipina.
Katanya, sesi pendaftaran akan bermula pada pukul 4 petang dan acara zumba bermula pada pukul 5.30 petang.
Jelasnya, acara itu termasuk persembahan tarian kecergasan berterusan selama 3 jam setengah selain acara cabutan bertuah.
Dance Revolution Zumba Fitness Party akan mengumpulkan peminat aktiviti kecergasan dari seluruh Sabah. Acara itu dijangka akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.
Yuran pendaftaran adalah RM100 dan RM120 (walk-in), maklumat lanjut boleh menghubungi di talian 012-8189288.