Remaja perempuan lemas ditemukan penduduk kampung

RANAU : Seorang remaja perempuan ditemui lemas selepas dipercayai hanyut ketika mandi sungai di Kampung Sungangon, Jalan Ranau-Sandakan, di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib manga dikenali sebagai Nerlyne Christine Januai, 13, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung kira-kira 500 meter dari lokasinya dilaporkan lemas.

“Bomba menerima laporan kejadian pada jam 4.37 petang, kemudiannya menggerakan sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa untuk diperiksa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ridwan berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya wujud operasi kemudiannya ditamatkan 7.35 malam tadi.