Koo Angels muncul johan Kejohanan Bola Jaring Piala Datuk Mohd Rafi Ali Hassan 2024

LABUAN : Pasukan Koo Angels muncul johan Kejohanan Bola Jaring Piala Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan 2024.

Pasukan Koo Angels membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, tropi, medal dan sijil.

Naib johan dimenangi pasukan VICS dan tempat ketiga dimenangi pasukan SSN On Toes.

Kedua-dua pasukan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM 700 bersama tropi, medal dan sijil.

Sementara itu, pemain mewakili pasukan Koo Angels, Aleen dan Nadiah diumumkan sebagai penyerang terbaik dan pemain terbaik kejohanan.

Penjaring terbanyak dan  penghadang terbaik di anugerahkan kepada  Maisyarah dan Haziqah dari pasukan VICS.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Kejohanan anjuran bersama Kelab Belia Kampung Bebuloh, Puteri UMNO Bahagian Labuan dan SSN On Toes telah diadakan di Dewan SMK Mutiara di sini kelmarin.

Sebanyak 15 pasukan yang melibatkan belia berumur 13 hingga 40 tahun telah menyertai Kejohanan tersebut.

Hadir sama, Ketua Puteri UMNO Bahagian Labuan, Normiayati Jumat.