KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) melalui Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan menzahirkan kekecewaan sekali gus bantahan secara serius terhadap kenyataan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham.
Wakil jurucakap jawatankuasa tersebut, Mohd Gaddafi Imran berkata, meskipun sudah mengeluarkan permohonan maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.
Ahli parlimen DAP itu berkata dia langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam dengan membuat cadangan itu.
Katanya, bagi pihak Jawatankuasa Kerohanian dan Keagamaan ingin menemplak pernyataan Ngee Koo Ham tersebut dengan menyatakan secara jelas menerusi Bahagian 1 Senarai II Jadual Kesembilan yang menyatakan bahawa undang-undang Islam.
“Ini menerusi konteks Mahkamah Syariah merupakan bidang kuasa yang hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan bukan Islam.
“Hal ini juga menunjukkan lantikan pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu menggubal undang-undang Islam jelas merupakan pandangan yang menyalahi Akta Mahkamah Syariah serta Undang-undang Islam yang lain, yang terpakai/termaktub sejak penubuhan negara kita.
“Menerusi relevansi rujukan daripada hadith Nabi SAW seperti berikut:
“Daripada Azhar bin Rasyid yang meriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kamu meminta disinari dengan cahaya musyrik’
(Diriwayatkan oleh al-Nasa’ie)
Tambahan juga menerusi Imam Al-Suyuti.
“Hadith ini menjelaskan bahawa seseorang Islam itu tidak seharusnya meminta bantuan atau pendapat daripada orang Musyrik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Gaddafi, seandainya meminta pandangan daripada mereka, seolah-olah telah menjadikan pendapat mereka sebagai penyuluh apabila dalam keadaan kekeliruan.
Katanya permohonan maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dari kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah. Ngee Koo Ham menerusi pernyataan beliau: “Lantik pakar bukan Islam bantu jawatankuasa mengkaji kompentensi Dewan Undangan Negeri (DUN) gubal undang-undang syariah”.
“Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik pakar perlembagaan bukan Islam bagi membantu gubal undang-undang Islam, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak dan akidah.
“Keadaan ini sudah tenti boleh menimbulkan kecelaruan dikalangan umat Islam khususnya di negera ini,” jelas Mohd Gaddafi.