LABUAN: UMNO Bahagian Labuan perlu diperkasakan dan dipulihkan imejnya agar parti keramat itu kembali menjadi juara dan pilihan rakyat di pulau bebas cukai itu.
Ketuanya, Datuk Mohd Rafi Datuk Mohd Alli Hassan berkata, walaupun beliau baharu mempimpin bahagian itu sebagai Ketua bahagian, namun pengalaman ketika menjawat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan sebelum ini telah memberikan pengajaran dan iktibar untuk memahami aspirasi rakyat khususnya ahli parti di bahagian itu.
“Saya memahami , saya mengetahui dan mendalami semua aspek , untuk itu tidaklah saya menjanjikan diluar kemampuan saya. Apa yang penting ialah sokongan serta semangat bekerja satu pasukan yang merupakan nadi utama UMNO Labuan dapat diperkasakan dalam melaksanakan Amanah serta tanggungjawab yang diberikan oleh ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang telah meletakkan kita sebagai pemimpin bahagian ,” katanya.
Menurut Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi, peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO bahagian Labuan ,yang memilihnya sebagai Ketua Bahagian akan digalas dengan penuh dedikasi bagi memberikan perkhidamatan terbaik kepada masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO.
“Sudah pasti ikrar ini bukan sahaja untuk diri saya sendiri namun semua barisan dalam kepimpinan bahagian,Wanita, Pemuda dan Puteri adalah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan bagi memberikan perkhidamatan yang terbaik dan berkualiti kepada ahli,” katanya.
Dalam hubungan ini, Mohd Rafi menjelaskan UMNO khususnya UMNO Labuan memerlukan kaedah baharu dalam perjuangan parti terutama mendekati rakyat dan pengundi muda tidak hanya bergantung dengan kaedah lama.
“Saya mengajak rakan kepimpinan sayap-sayap parti Wanita Pemuda dan Puteri agar berkerja kuat dan bersemangat dengan beberapa perubahan yang disentuh dalam mesyuarat kali ini untuk direalisasikan, memulihakan semangat dan keyakinan rakyat untuk berjuang bersama UMNO,” katanya.
Tambah Mohd Rafi seluruh keluarga besar UMNO perlu mengukuhkan semula hubungannya dari segala kekhilafan lalu.dimana pemimpin dan ahli perlu saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan semula rakyat terhadap parti itu.
“Mulai hari ini, sama-sama kita kukuhkan hubungan kita semula dari sebarang kekhilafan dan bersatu sebagai sebuah keluarga besar UMNO serta saling bekerjasama bagi mendapatkan keyakinan rakyat .
“Kita melupakan kisah pemilihan parti yang lalu ini kerana di dalam parti tidak ada istilah Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua yang penting ialah agenda meletakkan kepentingan parti adalah keutamaan prinsip kesetiaan serta perjuangan perlu sentiasa dipelihara,” katanya.