PAS Sandakan terus komited menjadi mata dan telinga rakyat

SANDAKAN: PAS Sandakan akan sentiasa komited menjadi mata dan telinga rakyat serta pemudahcara agar suara rakyat dapat disampaikan kepada pihak bertanggungjawab.

Setiausaha PAS Sandakan, Mustaman Mustain berkata, pihaknya percaya sekiranya PAS konsisten menjadi orang tengah kepada rakyat, masyarakat akan terus menyokong parti itu pada pilihanraya akan datang.

Terdahulu, Mustaman telah meninjau ke lokasi dimana orang awam telah mengadu berkenaan penutup parit yang hilang di jalan masuk ke Taman Lucky, Batu 5 yang membahayakan kepada semua pengguna.

“Hasil tujuan mendapati ada pihak yang telah meletakkan penghadang jalan bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, namun ia masih berbahaya kepada semua pengguna,” katanya.

Mustaman yang juga Pemaju Mukim N55 Elopura, membuat aduan kepada pihak kontraktor untuk tindakan segera susulan masalah berkenaan agar rakyat dapat menggunakan jalan itu dengan selamat.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk prihatin yang telah membangkitkan isu ini untuk perhatian pihak berwajib sehingga sampai ke pengetahuan kami,” katanya.