Hajiji pengerusikan mesyuarat ISB

KOTA KINABALU: Sabah menerima tujuh pelaburan membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM4.4 bilion antara pelaburan negeri ketiga terbesar untuk separuh pertama tahun ini di seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor Sabah merekodkan jumlah pelaburan ketiga terbesar selepas Kedah merekodkan jumlah RM42.6 bilion serta Selangor (RM4.6 bilion).

Katanya, kesemua pelaburan berkenaan membabitkan sektor pembuatan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

“Semua pihak perlu terus bekerjasama untuk mengekalkan momentum dan pada masa sama menjangkakan tahun yang lebih produktif.

“Kita mahu melihat lebih banyak sinergi antara agensi negeri dan Persekutuan bagi mendorong agenda pelaburan Sabah.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Invest Sabah Bhd (ISB) kali kedua di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan mesyuarat kali kedua ahli lembaga pengarah Invest Sabah Bhd (ISB) di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji berkata, ketika mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Invest Sabah Berhad (ISB), beliau maklumkan supaya semua kekangan yang menghalang pelaburan ke Sabah perlu dihapuskan akibat karenah birokrasi yang dihadapi oleh pelabur yang hanya akan menjejaskan usaha menarik pelabur ke Sabah.

“Sehingga kini, kita membuat kemajuan dengan menandatangani tiga projek berimpak tinggi untuk memacu inisiatif SMJ dengan jumlah pelaburan RM10 bilion membabitkan projek Lok Kawi Resort City, kemudahan pembuatan kerajang tembaga dan Projek Kelapa Bersepadu,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sr Safar Untong serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Rusdin Riman dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISB Datuk Madiyem Layapan.