SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan ditemukan lemas ketika keluar memancing di perairan Pulau Semayang, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan berkata, mangsa Muhamad Alisan Muhamat, 31 tahun, dilaporkan memancing di Pulau Bai, di Sandakan.
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.29 pagi tadi.
“Pegawai Operasi Kanan, Hairi Otuh bersama empat lagi pegawai dan anggota bergegas ke lokasi bersama tiga aset bomba.
“Operasi mencari dan menyelamat ini turut disertai agensi penyelamat lain iaitu APMM, APM, TLDM dan PPM, melibatkan 19 lagi pegawai dan anggota penyelamat bersama 4 aset dari agensi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, pasukan penyelamat bersama penduduk kampung menemukan mangsa 200 meter dari Kampung Semayang, sini pada jam 9.39 pagi tadi.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Pangkalan Mariitim menggunakan Bot Polis Marin dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 10.02 pagi.