Kolej Vokasional Likas Juara Pertandingan Tandas Bersih peringkat sekolah menengah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU : Kolej Vokasional Likas Kota Kinabalu diumumkan selaku Johan Pertandingan Tandas Bersih Sempena Hari Tandas Sedunia kategori Sekolah Menengah Peringkat Kota Kinabalu di sini hari ini.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM2,000, Trofi, Sijil dan penarafan 5 bintang kebersihan peringkat bandaraya Kota Kinabalu.

Mokhtar Ibrahim menerima hadiah daripada Abidin.

Naib Johan Sekolah Menengah (SM) All Saints Likas menerima wang tunai RM1,500 berserta trofi dan sijil penarafan 5 bintang.

Tempat ketiga, Sekolah Menengah (SM) Perempuan Likas Kota Kinabalu menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan sijil penarafan 5 bintang daripada Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Likas Kota Kinabalu, Mokhtar Ibrahim berkata, kejayaan memperoleh kemenangan ini adalah merupakan satu penghargaan besar kepada kolej Vokasional Likas.

Katanya, pihak akan memastikan sijil penarafan 5 bintang ini akan dipatuhi bagi memastikan ia menjadi contoh kepada pelajar serta guru-guru di kolej berkenaan.

“Kejayaan ini adalah hasil budaya kerja berpasukan, yang menitikberatkan soal aspek kebersihan di kolej ini agar memberi keselesaan kepada semua,” jelas Mokhtar.