KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melantik Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu berkuat kuasa 29 Jun 2026.
Beliau menggantikan Datuk Safar Untong yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 28 Jun.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pelantikan itu diharap dapat memastikan kesinambungan transformasi perkhidmatan awam negeri serta pelaksanaan dasar kerajaan yang lebih berkesan.
