KOTA KINABALU : Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menghadiri Majlis Jamuan Makan Tengah Hari.
Beliau turut bersama pemimpin dan perwakilan yang menghadiri Persidangan Agung Tahunan 2025 parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini hari ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Sipadan itu menghimpunkan kepimpinan utama dan perwakilan parti dari seluruh negeri sebagai pembuka gelanggang kepada persidangan tiga hari yang bermula hari ini hingga Ahad.
Majlis turut diserikan dengan Perkongsian Pencapaian dan Hala Tuju Industri Minyak dan Gas Sabah oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat.
Majlis jamuan ini menjadi pentas memperkukuh silaturahim antara pucuk pimpinan dan akar umbi parti itu menjelang persidangan yang dijangka membincangkan pelbagai isu pembangunan negeri, pengukuhan struktur parti serta kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Terdahulu pada sebelah pagi, Hajiji meluangkan masa menghadiri Seminar Penerangan Siri 3 di Dewan Sipadan SICC.
