PUTATAN : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haiiii Noor meminta semua pihak memberi rang kepada proses undang-undang berhubung kes rasuah lesen perlombongan mineral yang didakwa melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.
Belau berkata Kerajaan Negeri Sabah komited untuk memastikan proses undang-undang berjalan lancar dan memberikan rang kepada pihak berwajib terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menialankan siasatan.
“Kerajaan negeri komited untuk memastikan bahawa kita menghormati bukan sahaja undang-undang tetapi juga mewujudkan integriti dalam kalangan anggota kerajaan dan penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas melawat manga kebakaran di Dewan Seri Putatan di sini semalam.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki Dua berkata dua ADUN Sabah dan seorang lagi individu dijangka dihadapkan ke mahkamah bulan ini berhubung skandal rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri itu.
Hajji juga berkata kes itu tidak akan memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri.
“Biar mahkamah memutuskan sama ada mereka bersalah atau tidak. Ada juga ruang untuk mereka membersihkan nama mereka,” katanya.