Kerajaan Persekutuan Percepatkan Baki Pakej Pan Borneo – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengesa agar kerajaan persekutuan menyegerakan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata setakat terdapat  20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo masih belum dimulakan.

Katanya, jika dapat disegerakan pembinaan kemungkinan besar akan menyelesaikan masalah tersebut di negeri ini.

“Kunjungan bersama Timbalan Perdana Menteri II merupakan Menteri Perladangan dan Komoditi, mengenai cara untuk meningkatkan produktiviti tanaman koko di Sabah.

“Beliau memberi jaminan akan melihat perkara ini bagi memastikan industri koko di negeri Sabah memberi manfaat kepada pengusahanya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan isu tersebut semasa pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof di kediaman Ketua Menteri, Seri Gaya,  hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.