Zahid tiba di Kota Kinabaku bagi lawatan singkat ke Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kota Kinabalu malam tadi bagi lawatan singkat ke Sabah.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat khas kira-kira pukul 9.30 malam.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin bersama kepimpinan Umno Sabah dan Ketua-Ketua Umno Bahagian seluruh Sabah.

Hari ini Zahid dijadualkan akan melakukan lawatan ke daerah Pitas bagi melawat mangsa-mangsa banjir di Pengkalan Si Atoi Kampung Kelumpang Pitas.

Selepas itu beliau kemudiannya memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Belia dan Sukan daerah Pitas sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu.

Pada sebelah petangnya, Zahid merupakan Presiden UMNO mengadakan Mesyuarat Khas bersama Badan Perhubungan UMNO Sabah di Bangunan UMNO.