29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Undang-Undang Anti Lompat halang sertai parti GAGASAN – Armizan

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, beliau tidak akan menyertai Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor berikutan kekangan undang-undang anti-lompat.

Katanya, justeru beliau bersama tiga Ahli Parlimen lain akan kekal menjadi ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar, berkata mereka terikat kepada undang-undang anti-lompat yang sudah berkuatkuasa.

Selain Armizan, tiga lagi Ahli Parlimen lain, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).

“Status kami kekal sebagai ahli kepada GRS dan kami ahli secara langsung dalam GRS dan kami tidak akan menyertai parti baharu Gagasan Rakyat kerana undang-undang tidak membenarkan.

“Jadi, kami kekal sebagai ahli melalui keahlian secara langsung sebagaimana sebelum pilihan raya kita telah pun menjadi ahli secara langsung kepada GRS,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Hari ini, Hajiji yang juga ketua menteri Sabah mengumumkan mengetuai Gagasan Rakyat yang diambil alihnya, selain parti itu sudah diterima sebagai komponen GRS.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles