LAHAD DATU: Semua pelajar wajar berusaha mencari ilmu agar mereka dipandang tinggi serta disegani dalam kalangan masyarakat sekeliling mereka.
Timbalan Pengajian Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, mempunyai ilmu pengetahuan mampu menjadikan pelajar tersebut kebanggaan ahli keluarga sekali gus mampu mengubah status kehidupan mereka.
“Perlu diingat…memiliki ilmu ada satu tuntutan dengan perlu diselarikan dengan nilai rohani dalam kehidupan seharian diri mereka.
“Saya berharap agar semua pelajar terus maju jaya di masa hadapan dengan bertekad menjadi insan berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan agama serta negara,” katanya di sini hari ini.
Mohammad Yusof merupakan Ahli Parlimen Lahad Datu berkata, beliau memberi pujian majlis graduasi diadakan hari ini adalah sebagai antara usaha terbaik menghargai pengorbanan semua pelajar.
Dalam tempoh sama langkah ini juga dilihat dapat memberi motivasi serta galakkan kepada pelajar yang telah berjaya menghabiskan pengajian di sekolah mereka.
“Kita yakin selepas ini pelajar ini akan menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Langkah diperkenalkan sekolah ini harus diberikan pujian sekali gus memberi perangsang kepada pelajar agar berjaya di masa depan,” katanya.
Majlis Gradusi ini melibatkan 300 pelajar Tingkatan Enam daripada SMK Agaseh; SMK Segama; SMK Desa Kencana; SMK Sepagaya; SMK Teruskan dan SMK Tungku di Lahad Datu.