Wanita, Beliawanis Gagasan Rakyat adakan kunjungan hormat kepada Mohd Arifin

KOTA KINABALU : Pergerakan Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di pejabatnya di Wisma Bandaraya.

Kunjungan itu diketuai Ketua Wanitanya Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Emmie Martin Idang dengan disertai Penolong Bendahari Datuk Jamaliah Antalip, Ketua Wanita Sukau Dayang Norhayati Titing, Ketua Wanita Likas Halizah Din, Ketua Wanita Membakut Dayang Hairena Awang Basir, Penolong Setiausaha Beliawanis Siti Khalidah Mahalil dan Ketua Penerangan Beliawanis Carmen Meldan.

Dalam kunjungan itu, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata pelbagai inisiatif bantuan pendidikan kerajaan negeri Sabah berikan di antaranya adalah BUDI, BAKTI, BISBAH, BAGUS dan bayi Sabah yang lahir tahun 2023 dapat bantuan BISTARI yang ibu bapanya berasal daripada Sabah.

Tambah Arifin simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun SIMPAN SSPN PRIME.

“Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencapai usia 18 tahun.