Netizen Mahu Tindakan Tegas Henti Wayar Haram

KOTA KINABALU: Netizen menzahirkan penghargaan kepada kakitangan Sabah Electricity atas komitmen mereka membanteras kegiatan penyambungan elektrik haram, termasuk menjalankan operasi sehingga ke kawasan bakau.

Bagaimanapun, orang ramai berharap usaha itu tidak terhenti setakat operasi semata-mata, sebaliknya pemantauan secara berterusan serta tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan kegiatan penyambungan elektrik haram dapat dibendung dan tidak berulang.

Ramai berpandangan penguatkuasaan yang konsisten amat penting bagi menjamin keselamatan awam, melindungi aset utiliti serta memastikan bekalan elektrik disalurkan secara sah kepada pengguna.