BEAUFORT: Tiga mangsa dilaporkan terkena renjatan elektrik dalam kejadian di Jalan Weston, Kampung Weston, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang sebelum tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dikerahkan ke lokasi.
Operasi diketuai PBK I Irwan Abdul menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
Turut membantu operasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity.
Keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan dan operasi menyelamat sedang dijalankan.
Maklumat lanjut akan dikemas kini selepas mendapat pengesahan pihak berkuasa.
