Aktiviti sukan mampu memupuk hubungan baik kalangan anggota dan pegawai APM – Nizam

TAWAU: Acara sukan merupakan platform terbaik bagi memupuk serta merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) di daerah ini.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sukan juga dapat menjamin tahap  kecergasan serta kesihatan anggota APM sentiasa berada pada tahap terbaik agar dapat  melaksanakan tugas dalam keadaan cemerlang.

Nizam Abu Bakar Titingan

“Kita mahu aktiviti sukan ini sentiasa diutamakan dalam kalangan anggota dan pegawai APM, ia perlu diteruskan malah dapat ditambah baik di masa akan datang kerana ia memberi banyak manfaat kepada setiap anggota.

“Saya harap pasukan zon tenggara yang terdiri daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu dan menyasarkan agar menjadi juara dalam sukan APM peringkat negeri,” katanya di sini hari ini.

Nizam ketika hadir dalam program APM di Tawau.

Nizam berkata, beliau sentiasa menyokong usaha APM dalam menganjurkan setiap aktiviti sukan seumpama ini untuk memastikan anggota serta kakitangan sentiasa cergas dalam menjalankan tugas mereka.

“Kita hargai peranan serta usaha serta tanggungjawab APM dalam membantu masyarakat yang memerlukan setiap perkhidmatan mereka,” jelas Nizam.