KOTA KINABALU: UMNO bersedia duduk berbincang secara tertutup untuk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan situasi pergolakan politik ini dapat dilakukan secara tuntas.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak harus mencari titik persamaan sekali gus berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.
Katanya, keikhlasan dalam kalangan kedua-dia pihak adalah menjadi garis utama untuk menyelesaikan pergolakan politik di Sabah.
“Ketika ini UMNO mengambil tempoh bertenang untuk mengangani polimik politik yang berlaku di Sabah.
“Kami yakin tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Kita akan ambil maklum bagi penyelesaian dua hala merangkumi Barisan Barisan Nasional (BN) dan UMNO serta politik lain.
“Untuk itu pendekatan mesti memberikan keutamaan agenda rakyat Sabah disamping memberikan pencerahan kekeliruan yang ada,” katanya dalam sidang media hari ini.
Zahid merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO pusat tidak pernah mengambil ringan mengenai perkara yang berlaku di Sabah.
“Kita mahu agar kedua-dua pihak tidak mengeluarkan kenyataan serta membuat spekulasi atau kenyataan bercanggah yang dibuat sama ada di pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) atau Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
“”Kita yakin pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah merupakan jalan utama penyelesaian bagi kemelut politik di Sabah,” katanya.
Ketika ditanya berapa lama tempoh bertenang itu berjalan, Zahid berkata ia sangat subjektif untuk dihuraikan.
Beliau berkata, pihaknya telah menyusun banyak pendekatan serta kaedah bagi menyelesaikan kemelut politik di Sabah namun menegaskan ia hanya dapat dilaksanakan dengan persefahaman baik semua pihak.