KOTA KINABALU : UMNO Sabah menegaskan bukan hanya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terlibat memberi rumah percuma kepada rakyat sejak inisiatif Rumah Mesra SMJ dilancarkan pada 2022 di negeri ini.
Pengerusi Majlis Perhubungan Awam dan Kepenggunaan Komuniti UMNO Sabah, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, melalui insiatif tersebut UMNO Sabah terlibat bersama-sama membuat keputusan termasuk menyediakan inisiatif tersebut yang disalurkan melalui peruntukan di peringkat persekutuan kepada kerajaan negeri Sabah.
Katanya, kenyataan media Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mendakwa hanya kerajaan GRS memberikan rumah percuma adalah tidak tepat sekali gus hanya mendatangkan persepsi negatif khususnya dalam kalangan rakyat.
“Program Rumah Percuma ini dibuat semasa kerajaan GRS-Barisan Nasional (BN) bukannya GRS menerajui secara bersendirian kerajaan pada ketika ini. BN bukan sahaja membina rumah untuk rakyat miskin melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
“Malah membina rumah percuma kepada golongan tercicir melalui program Rumah SMJ khusus untuk anak-anak Sabah…Inilah perjuangan pemimpin-pemimpin BN Sabah yang terus prihatin dengan untung nasib rakyat di negeri ini.
“Armizan jangan terlalu mendabik dada, ia perlu sedar bahawa UMNO Sabah bersama GRS ketika itu menjadi kerajaan di Sabah, mengapa hanya disebut seolah-oleh GRS menyalurkan Rumah Percuma melalui inisiatif Rumah Mersa SMJ ketika dilancarkan pada 2022,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Awang Aslee merupakan Ketua Bahagian UMNO Beaufort berkata, harus diingat (Armizan), inisiatif ini disalurkan melalui peruntukan daripada kerajaan persekutuan seharusnya, Armizan sendiri sepatutnya malu kerana kerajaan UMNO juga menjadi kerajaan di peringkat persekutuan pada ketika itu.
“Rumah mesra SMJ d ilhamkan oleh kerajaan GRS-BN. Sebelum Rumah mesra SMJ d perkenalkan pun Umno-BN sudah memberi rumah dan pembaikan rumah percuma kepada rakyat d Sabah melalui peruntukan yg d salurkan kepada pusat giat mara dan kepada beberapa agensi kerajaan negeri.
“Sebagai maklumat tambahan Armizan pembinaan Rumah Mesra SMJ akan melibatkan 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah dengan menggunakan geran khas Persekutuan berjumlah RM125.6 juta.
“Geran tersebut disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah untuk digunakan membina setiap unit Rumah Mesra SMJ yang bernilai RM70,000,” jelas Awang Aslee.
Menurutnya, pemberian rumah secara percuma kepada rakyat ini mengguna pakai konsep Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu golongan yang berada di bawah garis kemiskinan di Sabah memiliki rumah secara percuma.