31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Sultan Johor perkenan bubar DUN

JOHOR BAHRU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan hari ini, selepas beberapa minggu spekulasi dan gesaan daripada pemimpin Umno bagi pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN selepas menerima menghadap Menteri Besar Hasni Mohammad pada 5 petang tadi di Istana Bukit Serene. PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN, bermaksud yang akan datang mungkin diadakan pada atau sebelum 23 Mac.

Timbul ura-ura dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa PRN mungkin diadakan, dengan majoriti kerajaan pimpinan Barisan Nasional berkurang kepada satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas Bersatu Osman Sapian pada Disember.

Johor adalah negeri ketiga mengadakan PRN dalam tempoh beberapa bulan ini, selepas Melaka dan Sarawak masing-masing mengundi pada November dan Disember lepas.

Sekumpulan pemimpin BN sebelum ini bercakap tentang keperluan PRN diadakan, mungkin dengan harapan gabungan itu dapat memanfaatkan momentum daripada kemenangan di Melaka dan Sarawak, menerusi hubungannya dengan GPS.

Pada Rabu, Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata, kerajaan berada dalam “kedudukan tidak menentu” berikutan kematian Osman, dan sudah tiba masanya untuk PRN, memandangkan Umno berada di kedudukan terbaik untuk menang.

“Pihak pembangkang takut, kerana mereka tahu Umno berada pada kedudukan yang kukuh. Keputusan PRN Melaka adalah buktinya,” katanya kepada CNA.

 

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles