Wanita GRS perkukuh gerak kerja, tubuh lima unit strategik

KOTA KINABALU:  Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkukuh gerak kerja organisasi menerusi penubuhan lima unit strategik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, langkah itu bertujuan memastikan setiap unit dapat merancang program berimpak tinggi serta memperkukuh hubungan parti dengan rakyat.

Menurut beliau, Wanita GRS juga akan terus mengadakan mesyuarat secara berkala di semua peringkat bagi memastikan jentera parti sentiasa tersusun, berdisiplin dan bersedia menghadapi sebarang perubahan politik.