BN mampu ulang gelombang Johor di Negeri Sembilan – Salleh

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) berpotensi mengulangi kejayaan besar seperti di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sekiranya strategi yang tepat dilaksanakan, kata Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, kemenangan besar BN di Johor membuktikan gabungan itu masih mendapat kepercayaan rakyat apabila parti bersatu, mengetengahkan calon berwibawa serta melaksanakan strategi yang berkesan.

Menurutnya, rundingan kerusi hendaklah dibuat berdasarkan kebolehmenangan dengan mengambil kira kekuatan parti, rekod pilihan raya, keupayaan jentera dan kualiti calon.

“Johor membuktikan BN masih mempunyai daya saing. Kini fokus ialah menterjemahkan momentum itu di Negeri Sembilan bagi membentuk kerajaan,” katanya.