25 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

SOP di Sabah tidak berubah walau PKPB, Masidi

Masidi Manjun (Gambar fail)

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada walaupun negeri berkenaan telah berubah status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada PKP Bersyarat (PKPB).

Katanya, keputusan itu bagi mempercepatkan usaha memulihkan sektor ekonomi selagi tidak menghalang usaha membanteras penularan virus Covid-19.

“Kerajaan negeri mengambil maklum dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan PKPB di beberapa negeri termasuk Sabah.

“Status PKPB bagi Sabah akan berkuat kuasa mulai 29 April sehingga 17 Mei.

“Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan sekatan rentas zon selain memutuskan mengekalkan SOP seperti yang ada sekarang,” katanya dalam taklimat harian perkembangan Covid-19 di Sabah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata, Sabah akan diletakkan bawah PKPB mulai esok.

Terdahulu, Masidi berkata Sabah, hari ini, mencatat 82 kes Covid-19 baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 57,829 kes.

Katanya, Kota Kinabalu menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian, hari ini, apabila mencatat 27 kes diikuti Tawau yang merekodkan 21kes.

“Lain-lain daerah yang mencatat kes hari ini ialah Lahada Datu dengan sembilan kes, Kunak (enam), Tuaran (lima), Penampang (empat), Sandakan (tiga), Papar (tiga), Kalabakan (dua), dan Putatan (dua).

“Tiada kematian akibat Covid-19 dicatatkan di Sabah hari ini manakala kluster baharu juga tiada hari ini,” katanya.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles