Sidang Dun Sabah wajar dibuka dalam tempoh terdekat: Bung Moktar

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin bersetuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka semula bagi mengadakan persidangan dalam tempoh terdekat

Katanya, langkah ini sejajar dengan titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan membuka sidang Parlimen di peringkat Persekutuan.

“Kita sangat yakin perkara ini sadang dalam perhatian serta  pertimbangan kerajaan GRS yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi mengadakan persidangan DUN.

“Kerajaan GRS sentiasa mengalu-alukan pandangan kerajaan serta pembangkang dalam mendepani cabaran COVID-19 serta isu rakyat termasuk soal pembangunan, ekonomi dan kesejehteraan rakyat yang terjejas di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya bersetuju agar sidang DUN Sabah segera diadakan bagi memberikan peluang dan ruang kepada ahli yang berhormat untuk membahaskan pelbagai isu berkaitan menangani pandemik COVID-19 di negeri ini.

SabahNewsToday