KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ingin memaklumkan pindaan kepada Kenyataan Media Sabah News Today yang telah dikeluarkan pada 19 Oktober lepas bertajuk “ST luluskan cadangan SESB pasang stor penyimpanan tenaga melalui bateri berkapasiti 100MW”.
Pengerusi SESB Datuk Wilfred Madius Tangau dipetik sebagai berkata bahawa pelaksanaan pemasangan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100MW oleh SESB telah diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) Malaysia.
SESB dalam satu kenyataan, hari ini, menyatakan kenyataan sebenar adalah ‘ SESB sedang di dalam peringkat untuk berbincang bersama ST berkenaan dengan pelaksanaan pemasangan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 200MW.
Tambah kenyataan itu, permohonan rasmi akan dibuat dalam masa terdekat ini.
SESB menyatakan kesulitan dan salah faham yang timbul susulan kesilapan kenyataan di dalam berita tersebut amat dikesali.