PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak memerlukan bantuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melindungi ‘kroninya’.
Sebaliknya, Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) itu Mahathir yang menjawab sinis dakwaan Najib serangannya terhadap Perdana Menteri keenam itu berkata, beliau sendiri boleh menjaga sesiapa yang dikatakan ‘kroninya’.
“Saya tak perlukan Najib nak jaga kroni saya. Kalau saya ada kroni, saya boleh jaga kroni saya.
“Saya tidak ada kroni. Saya ada orang yang berkebolehan. Saya tidak tolong orang yang tidak ada kebolehan,” kataya laporan Berita Harian pada sidang media selepas pelancaran Aspirasi Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib serangan demi serangan terhadapnya, berikutan keengganan Najib menolong projek kroni Dr Mahathir.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau menolong ramai orang, namun tidak pernah mereka yang dibantu dan gagal dikaitkan dengannya.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, beliau sendiri melarang anak-anaknya terbabit dengan politik atau perniagaan ketika beliau memegang jawatan.
“Yang gagal tak dikenalkan sebagai kroni. Cuma yang menang saja jadi kroni.
“Eh, bukan main banyak yang dapat bantuan. Kenapa mereka tidak boleh dikenali sebagai kroni. Keluarga saya pun banyak juga. Siapa dia keluarga saya jadi kroni?” katanya.
Dr Mahathir berkata, individu yang dibantu juga ialah mereka yang berkelayakan dan diyakini boleh berjaya, berasaskan kepada rekod pencapaian masing-masing.
Beliau turut mencabar Najib menunjukkan bukti yang mengatakan anaknya seorang jutawan, seperti bukti terhadap Ahli Parlimen Pekan itu yang dikemuka di mahkamah.
Katanya, beliau juga mahu melihat bukti berdokumen yang menjadi asas kepada dakwaan Najib itu.
“Ini cuma tuduhan palsu Najib. Tetapi, ini bukanlah sesuatu yang asing daripada Najib.
“Dia memang cakap bohong. Dia boleh curi. Lepas itu dia kata curi duit pun tak apa. Itu Najib. Jadi, saya fikir kalau orang nak percaya anak saya dibantu oleh saya, itu boleh fikir baik-baik.
“Ambil kira tarikh mereka berjaya,” katanya.