29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Sabah perlukan bajet lebih besar untuk pembangunan – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan tambahan peruntukkan antara 10 hingga 15 peratus bagi pembangunan infrastruktur dalam Bajet 2022 yang diumumkan malam tadi.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peruntukkan RM5.2 bilion disediakan dalam bajet itu masih tidak mencukupi sekali gus Sabah masih berhadapan dengan masalah infrastruktur.

Katanya, pelaksanaan program pembangunan infrastruktur termasuk bekalan air, jalan raya, jambatan serta elektrik memerlukan dana yang cukup besar setiap tahun.

“Peruntukan projek pembangunan di Sabah masih tidak mencukupi, sepatutnya lebih banyak diberikan antara 10 peratus hingga 15 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang diumumkan semalam.

“Ini kerana banyak keperluan pembangunan air, jalan raya, jambatan serta bekalan elektrik masih diperlukan di kawasan luar bandar Sabah memandangkan kawasan Sabah yang agak besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Bajet 2022 yang menyentuh peruntukan membabitkan Sabah, di sini hari ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kiabatangan berkata, meskipun banyak projek dibiayai melalui bajet tahun depan, masih perlu bajet tambahan berdasarkan keperluan semasa di negeri ini.

Dalam pengumuman bajet malam tadi, selain peruntukan RM5.2 bilion itu, Sabah menerima peruntukan menaiktaraf 112 sekolah daif di bawah peruntukan untuk sekolah daif seluruh negara yang berjumlah RM746 juta.

Sabah dan Sarawak turut diberikan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar pada tahun depan.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kerajaan Pusat juga perlu memberi perhatian kepada usaha mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo.

“Kita mahu projek Lebuhraya Pan Borneo ini dilaksanakan segera, bukan pakej demi pakej yang diberi peruntukan setiap tahun. Kalau hanya satu atau dua pakej diberikan setahun, berpuluh tahun pun belum siap lagi,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles