Sabah kaya sumber hasil, baiki sistem jalan raya – Aksyah

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu memikirkan mencari inisiatif  kewangan sendiri menyelenggara jalan raya membabitkan laluan utama Telupid, Kinabatangan dan Sandakan di negeri ini.

Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah berkata, laluan ini dilihat seolah-plan tidak diselenggara dengan sempurna seringkali menjadi topik utama bagi pengguna jalan raya khususnya laluan ke kawasan pantai timur Sabah.

Katanya, kebergantungan Sabah kepada peruntukan kerajaan persekutuan menyebabkan laluan ini gagal diperbaiki berikutan hanya menunggu peruntukan khas untuk membaikinya.

“Sabah memiliki sumber hasil yang banyak sekali gus boleh membantu menyediakan prasarana asas dengan menaiktaraf kemudahan Infrastruktur yang  baik bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan Raya.

“Kita cadangkan mana-mana syarikat pemegang konsesi selenggara jalan Raya di kawasan terlibat perlu dinilai serta dikaji semula kerana banyak kemalangan berlaku disebabkan jalan ini lambat diperbaiki dan kelihatan hampir tidak diselenggara langsung,” katanya kepada SabahNewsToday hari ini.

Aksyah merupakan Ketua Bahagian BERSATU Kinabatangan mencadangkan agar Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah perlu memanggjl serta berbincang dengan pemegang konsesi berkenaan Prosuder Operasi Standard (SOP) terutama melibatkan sistem pelaporan kerosakan serta tindakan terhadap pelaporan tersebut.

“Sesiapa yang melalui jalan Telupid, Kinabatangan dan Sandakan melihat seolah-olah tiada tindakan sehingga menjadi runggutan kalangan pengguna jalan raya ketika balik beraya baru-baru ini.

“Hampir setiap hari warga sosial media melapor pelbagai gelaran membabitkkan jalan raya Telupid, Kinabatangan dan Sandakan seperti jalan di bulan.

“Sampai bila pengguna jalan raya harus bersabar san terbeban dengan masalah jalan ini seperti tiada jalan penyelesaiannya,” katanya.

Menurutnya, rakyat kini hanya memerhati tindakan kerajaan bagi menyelesaikan isu jalan raya ini yang sudah Lama berlaku sekali gus tidak akan pernah selesai sehingga kini.