Tangki Sementara Di Tinusa Dua Atasi Masalah Air – Suhaimi

SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir mengambil inisiatif meletakkan tangki air sementara bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di kawasan tersebut.

Katanya, ini adalah hasil perbincangan dengan pemimpin masyarakat Kampung Tinusa Dua dalam satu pertemuan di sini semalam.

Surian Sah (dua kiri) bersama pemimpin masyarakat meninjau tapak bagi meletakkan tangki air.

“Kita mendengar penjelasan daripada penduduk kampung berkaitan masalah bekalan air bersih serta beberapa isu-isu semasa yang berlaku di kawasan mereka.

“Saya menggesa agar pemimpin yang mewakili masyarakat di peringkat akar umbi supaya memainkan peranan dalam memberi penjelasan mengenai isu yang berlaku sekali gus mencari jalan penyelesaiannya dalam tempoh segera,” katanya di sini hari ini.

Suhaimi merupakan Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata, hasil perbincangan itu, Penyelaras Sungai Sibuga Parlimen Libaran, Surian Sah Hanafiah bersama pemimpin masyarakat mengadakan melawat cadangan tapak bagi meletakkan sebulan tangki air sementara untuk kegunaan penduduk kampung.