KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Azhar Matussin menyampaikan sumbangan kepada 17 keluarga mangsa kebakaran Jalan Saga di Dewan Serbaguna Kampung Likas, di sini, hari ini.
Sumbangan adalah berupa zink, papan lapis serta keperluan harian dan peralatan sekolah kepada anak-anak mangsa kebakaran.
Sementara itu ketika ditemui media, Azhar merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Warisan (WARISAN) berkata, semasa malam kejadian beliau berkesempatan ke lokasi kebakaran serta membantu mangsa berpindah ke lokasi sementara di Dewan Serbaguna Likas.
“Saya meninjau keadaan mangsa kebakaran di Dewan Seberguna Kampung Likas untuk mengenalpasti keperluan awal mereka.
“Pihak perugas ADUN Darau menyediakan keperluan makan malam memandangkan hampir semua mangsa dalam keadaan lapar selepas di pindahkan ke Dewan ini,” katanya kepada media hari ini.
Hadir sama dalam program itu, Ketua Penerangan Parti WARISAN, Datuk Mohd Azis Jamman.
Azhar me maklumkan kepada mangsa kebakaran agar bersabar dan pihaknya akan berusaha menyalurkan keperluan lain dalam tempoh terdekat bagi meringankan beban mereka.
Dalam kejadian itu sebanyak 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Kampung Likas, musnah dalam kebakaran malam tadi menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.20 malam itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni rumah-rumah terlibat sempat menyelamatkan diri.