24 C
Kota Kinabalu
Monday, December 5, 2022

Sabah dan Sarawak perlu ikut kerajaan perpaduan – Jeffrey

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan tampil menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), itu berkata pihaknya bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan kebuntuan politik yang melanda negara berikutan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kerajaan perpaduan ialah penyelesaian terbaik yang saya boleh lihat sekarang.

Bagaimanapun, kerajaan ini mesti menyertakan kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipilih supaya ia berkesan dan benar-benar inklusif.

“Mekanisme kerajaan perpaduan mesti dirangka dengan jelas supaya ia berfungsi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Jeffrey berkata, GRS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 29 kerusi secara keseluruhan, manakala dua Ahli Parlimen bebas dan seorang daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) telah bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu entiti.

Katanya, memandangkan “blok Borneo” mempunyai 32 kerusi, ia dapat memberikan kestabilan yang amat diperlukan negara.

“Pemimpin dan parti politik Semenanjung membuatkan Malaysia kucar-kacir. Sudah tiba masanya negeri-negeri Borneo memimpin negara dan menyediakan kestabilan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles