24 C
Kota Kinabalu
Monday, December 5, 2022

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke- 10

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi perdana menteri Malaysia ke-10.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadualkan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 5 petang nanti di Istana Negara.

Perkara ini dimaklumkan oleh Istana Negara susulan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja pagi tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda (Yang di-Pertuan Agong) telah memberi perkenan untuk melantik Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

“(Ini) selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara (43)(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Agong menegaskan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan apabila negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk merancakkan ekonomi dan pembangunan.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

“Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15,” menurut kenyataan itu.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles