34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

GRS serah kepada Agong tentukan siapa PM – Hajiji

KUALA LUMPUR: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini akur pada sebarang keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong berhubung pelantikan perdana menteri.

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, GRS berpendirian bahawa adalah perlu pembentukan kerajaan persekutuan dilaksanakan dengan segera.

“Oleh itu, GRS kini senada dengan GPS untuk akur (dengan) apa saja keputusan dan nasihat Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya satu kenyataan di sini hari ini.

Hajiji berkata, negara mesti mempunyai kestabilan politik untuk menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

GRS dan GPS sebelum ini menyatakan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menubuhkan kerajaan persekutuan, termasuk Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri seterusnya.

Bagaimanapun, GPS kemudian menyatakan bahawa ia menyerahkan pelantikan perdana menteri baharu kepada Agong.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles