KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap agar semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu bertenang dalam keadaan yang berlaku pada masa ini.
Menurutnya, dalam tempoh terdekat ini Malaysia dijangka akan memperoleh Perdana Menteri (PM) ke-10 yang baharu.
“Insyallah Malaysia akan dapat Perdana Menteri Baharu yang ke-10 sekali gus akan menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan yang melanda di negara ini,” katanya dalam kenyataannya rasmi di laman twiternya hari ini.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, semua pihak terutamanya Ahli Parlimen BN perlu bertenang sekali gus patuh kepada keputusan yang dikeluarkan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi.