Rayu Ketua Menteri bantu selesaikan penduduk tinggal dipinggir Sungai Rampayan – Azhar

KOTA KINABALU: Penduduk Kampung tinggal di pinggir  Sungai Rampayan Manggatal kini menarik nafas lega selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersedia membantu menyelesaikan masalah mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, Azhar Matussin berkata, ini termasuk mencari jalan terbaik membantu mereka yang sudah dibayaran pampasan namun  tidak mempunyai tapak untuk mendidikan rumah mereka.

Katanya, bagi mewakili penduduk kampung berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera bagi membolehkan mereka mempunyai tempat berteduh.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri kerana berjanji untuk mencari jalan membantu penduduk kampung yang terlibat dalam pemindahan ini.

“Saya suarakan perkara ini dalam ucapan sesi pengulungan Ketua Menteri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berakhir semalam sekali gus beliau berjanji akan berusaha membantu penduduk Kampung Rampayan,” katanya.

Azhar berkata, setakat ini rumah mereka sudah dirobohkan manakala pampasan sudah diberikan iaitu tidak  kurang RM15000 serta maksimum RM50000.

“Ada yang sudah tinggal tinggal di sana hampir 50 tahun, berdasarkan kita boleh lihat pendaftaran meter elektrik lama.

“Mereka sudah terima pampasan, tapi tidak ada tempat untuk berpindah. Perkara ini perlu dilihat secara serius sekali gus diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Azhar berkata, beliau merayu sekiranya kawasan yang sudah digazetkan berhampiran tempat mereka dapat diluluskan untuk penempatan semula mereka.