PRU15: WARISAN akan lancarkan Manifesto penuhi keperluan rakyat – Mohd Azis

KOTA KINBALU: Pelancaran manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka memberi fokus kepada kerajaan bersih serta berintegriti sekali gus bersifat inklusif dan adil.

Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman berkata, selain itu manifesto itu juga akan merangkumi visi memperkukuh perpaduan, selain menawarkan tadbir urus yang telus sekiranya dipilih menerajui kerajaan dan sesebuah kawasan Parlimen.

Katanya, manifesto itu akan dilancarkan dalam tempoh terdekat yakin dapat memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

“Kita inginkan pemerintahan yang akan melaksanakan tanggungjawab dengan telus disamping melaksanakan pemerintahan adil serta saksama agar semua lapisan rakyat.

“Kita serahkan kepada Presiden parti untuk menetapkan tarikh bagi pelancaran manifesto ini yang dilihat ringkas namun memiliki kandungan yang sangat mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media dalam program ceramah dan kempen di Kampung Pulau Sepanggar di sini semalam.

Ketika berucap dalam program ceramah serta kempen di Pulau Sepanggar Mohd Azis berkata, rakyat kini faham tugas serta tanggungjawab mereka dalam PRU15 ini.

“Rakyat kini boleh mengakses segala maklumat secara cepat melalui pelbagai medium…Oleh itu jangan percaya kepada kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Dr Maximus Ongkili.

“Mereka cakap WARISAN mersa kepada Pendatang Tanpa Izin…Jika mereka masuk minta undi di kampung ini rakyat perlu tolak dan jangan beri undi kepada mereka,” katanya.

Mohd Azis menyeru agar rakyat turun dan keluar mengundi pada 19 November ini sekali gus memastikan WARISAN meneruskan perkhidmatannya di kawasan Sepanggar.