33 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

PRU15: Pengundi Sabah bijak akan undi GRS – Chin

KOTA KINABALU: Pengundi Sabah digalakkan mengundi serta memilih semula calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk lebih maju pada masa depan.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin berkata, LDP kekal memberikan sokongan padu kepada Ketua Menteri merangkap GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, LDP tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sebaliknya turun padang memberikan sokongan padu kepada semua calon GRS.

“Sokongan padu akan diberikan bagi memastikan semua calon GRS akan menang besar pada PRU15 ini.

“LDP belum secara rasmi diterima ke dalam GRS, tetapi kita dijemput untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti sejak beberapa bulan lalu.

“Kami mahu berterima kasih kepada Ketua Menteri dan GRS kerana mengiktiraf peranan LDP,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Chin berkata, perlu adanya wakil masyarakat Cina dari GRS dalam Dewan Rakyat bagi memastikan hak serta kepentingan komuniti Cina di Sabah dipelihara.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles