PRU15: Lapangan Terbang Antarabangsa Lahad Datu bakal di bina tahun depan – Mohamaddin

LAHAD DATU: Sebuah Lapangan Terbang bertaraf antarabangsa bakal di bina di Lahad Datu bagi merealisasikan ‘Hub Pelancongan’ utama di Pantai Timur Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, lapangan terbang ini akan dilaksanakan pembinaannya awal tahun depan.

Katanya, ini sekali gus akan meningkatkan kehadiran pelancong datang berkunjung ke kawasan Pantai Timur Sabah.

“Oleh itu kita mahu semua pengundi memikir adalah lebih bermakna lagi apabila Calon Barisan Nasional (BN) terpilih sekali gus diangkat sebagai Ahli Parlimen Lahad Datu nanti.

“Sepatutnya projek ini sudah dilaksanakan tetapi berikutan kerajaan saling bertukar ganti menyebabkan projek ini gagal dilaksanakan mengikut jadual,” katanya di sini hari ini.

Mohammadin berkata, dalam tempoh sama beliau juga sedang mengusahakan sebuah pembinaan Sekolah Menengah Agama di Lahad Datu.

“Pada prinsipnya permohonan tersebut sudah dalam pertimbangan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor namun masih belum ada lokasi yang sesuai ketika ini, katanya.