PRU15: Calon Warisan Mohd Azis Jamman tunai kewajiban mengundi di SMK Bandaraya hari ini

KOTA KINABALU: Calon Parti Warisan (Warisan) Calon Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman bersama isteri, Datin Norlizah Awang Ahmad menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.

Kedua-dua mereka tiba di Pusat Mengundi jam 9.00 pagi tadi kemudiannya melaksanakan tanggungjawab di Saluran Tiga pada jam 9.17 pagi tadi.

Ketika dalam sidang media pagi tadi, Mohd Azis mengingatkan agar pengundi turun awal memandangkan cuaca yang tidak menentu sepanjang hari ini.

“Semua calon bertanding agar dapat memanfaatkan ruang ada supaya tidak menggunakan provokasi keterlaluan berikutan tempoh kempen ramai pada jam 12 malam tadi.

“Segala keputusan hari ini semua calon atau parti yang terlibat perlu menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini secara. hati yang terbuka berikutan ini adalah amalan sistem demokrasi di negara ini, “ katanya dalam sidang media hari ini.

Mohd Azis berkata, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi Parlimen Sepanggar untuk menentukan calon pilihan mereka hari ini.

“Saya akur dengan apa juga keputusan hari ini setelah berkerja serta berkempen sejak dua minggu lalu.

“Pengundi sangat bijak sekali gus mengenali saya selaku penyandang kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU14 lalu,” katanya.