34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

PRU15: Pilih GRS-BN untuk pembangunan berterusan di Sabah – Maximus

KOTA MARUDU: Rakyat Sabah diingatkan agar memilih calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan pembangunan dapat diteruskan di negeri ini.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, hanya parti pimpinan kerajaan sahaja diyakini mampu membawa pembangunan di Sabah.

Katanya, beliau menafikan dakwaan Kota Marudu ketinggalan daripada pembangunan kerana daerah itu telah berkembang maju.

“Memang masih ada ruang untuk pembangunan. Masih banyak lagi yang kita ingin lakukan di sini jadi, beri saya peluang sekali lagi bagi memenuhi keperluan rakyat di Kota Marudu ini,” katanya dalam siri terakhir kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Pada PRU-15, Maximus akan mempertahankan kerusi Parlimen itu untuk penggal ketujuh berturut-turut tanpa kalah.

Dengan tempoh berkempen kurang daripada 24 jam, beliau menyeru rakyat Sabah untuk terus menyokong calon-calon GRS-BN.

Maximus merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah berkata, sepanjang dua minggu berkempen, pihak lawan kerap menggunakan isu kekurangan pembangunan dan masalah kesihatannya untuk meraih undi namun, Maximus yakin sokongan rakyat terhadapnya tidak akan goyang.

“Jangan terpedaya dengan janji dan tipu helah pembangkang. Mereka hanya sekadar memberi gula-gula kosong kepada rakyat, pilihan yang salah akan menyebabkan rakyat Sabah berada dalam kesukaran bagi tempoh lima tahun akan datang,” katanya.

Maximus akan berhadapan pertembungan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Marudu bagi menentang calon lawan iaitu Datuk Wetrom Bahanda dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Jilid Kuminding dari Parti Warisan (Warisan), Mohd. Azmie Zulkiflee dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Shahrizal Denci dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Norman Tulang (Bebas).

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles