LAHAD DATU : UMNO Sabah perlu mempersiapkan minda untuk membuka pintu kepada sebarang bentuk kerjasama sama ada dengan parti-parti sahabat atau seteru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO pusat memberi sepenuhnya autonomi kepada UMNO Sabah untuk mencari serta menjalin kerjasama sama ada sebelum atau selepas PRN bagi tujuan membentuk kerajaan negeri yang stabil.

Katanya, tidak iada dominan yang akan membentuk kerajaan secara bersendirian sekali gus perlu membuat sebelum atau selapas kelak.
“Kita mahu Sabah dijadikan sebuah negeri yang stabil politiknya, kemajuan terus dibawa untuk Sabah, terutamanya menyelesaikan masalah utama yang menjadi keperluan rakyat Sabah.
“UMNO dan BN Sabah yang telah kita berikan autonomi sepenuhnya agar dapat menjalinkan kerjasama secara bijaksana dengan lain-lain gabungan atau gagasan,” katanya di sini semalam.
Hadir sama, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
