KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya mengadakan persidangan Parlimen dengan segera.
Beliau mengingatkan kerajaan PN supaya jangan bersikap angkuh seperti tahu semua perkara, kerajaan perlu mengambil iktibar jika masih lagi tidak pasti dengan banyak perkara.
Setelah lebih dua minggu dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, kelmarin sekali lagi Agong menzahirkan dan menitahkan supaya persidangan parlimen diadakan segera.
“Jika dilihat Malaysia mengamalkan pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang perlu dihormati dan dipertahankan.
“Dengan itu, selaras dengan titah Agong yang mahu persidangan Parlimen diadakan segera menunjukkan bahawa baginda sangat prihatin dan memahami kesusahan yang dihadapi rakyat. Sudah tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan Ordinan Darurat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Semporna ini berkata, titah Agong supaya Parlimen perlu bersidang segera harus diberi perhatian oleh kerajaan PN, khususnya pentadbiran Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Mohd Shafie berkata, ketika ini ramai rakyat hilang punca pendapatan, syarikat perniagaan pula tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa membuang pekerja dan peniaga-peniaga kecil pula banyak yang terpaksa gulung tikar.
Malah, banyak keluarga terputus bekalan makanan dan anak-anak kecil tiada susu. Ramai yang tidak dapat menyediakan bekalan makanan asas dan berdepan kesempitan hidup.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang ini berkata, beliau bimbang sekiranya situasi ini tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.
Dalam keadaan dunia dan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan bukan hanya masalah ekonomi yang tidak menentu, bahkan kehilangan nyawa yang begitu banyak akibat pandemik Covid-19, keadaan ini amat membimbangkan