COVID: Kes Baharu 6,988 khamis, Selanggor terus catat kes tertinggi

KUALA LUMPUR: Untuk hari ketiga berturut-turut jumlah kes baharu harian Covid-19 semakin membimbangkan dengan sebanyak 6,988 kes harian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman Twitternya hari ini berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 712 kes berbanding 6,276 kes dilaporkan semalam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul ke COVID-19 di negara ini sebanyak 758,967.

Daripada keseluruhan kes terbaru hari ini, Selangor terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 2,885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988) dan Negeri Sembilan (692).

Bilangan kes mengikut negeri:

Selangor (2,885)
Kuala Lumpur (988)
Negeri Sembilan (692)
Sarawak (544)
Melaka (311)
Johor (270)
Kedah (250)
Sabah (232)
Pahang (195)
Pulau Pinang (174)
Perak (149)
Labuan (129)
Kelantan (108)
Terengganu (50)
|Putrajaya (10)
Perlis (1)

–BERNAMA