34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

Peruntukkan pembangunan Ahli Parlimen perlu ditambah bukan dikurangkan- Munirah

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis menyokong penuh usaha kerajaan mengawal kewangan negara melalui perbelanjawan berhemah serta menyelesaikan isu rasuah dan salah guna kuasa di negara ini.

Katanya, dalam usaha mencapai matlamat ini beliau sama sekali tidak bersetuju peruntukkan kebajikan rakyat’ selama ini dijadikan platform untuk membela rakyat dikorbankan.

“Mengambil kita saiz parlimen di Sabah dan Sarawak, kedaifan serta kemiskinan rakyatnya…Pembangunan kedua-dua Wilayah ini jauh ketinggalan berbanding negeri di semenanjung.

“Pemotongan peruntukkan pembangunan ini bukanlah permulaan yang baik, bila mana Kerajaan Perpaduan merapatkan jurang pembangunan serta ekonomi diantara Wilayah di dalam Malaysia seperti termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Munirah berkata, mengambil kita faktor ini sepatutnya kerajaan mengekalkan peruntukkan sedia ada malah perlu ditambah bukannya dipotong atau dikurangkan.

“Pendirian saya sebelum ini, peruntukkan yang dipertanggungjawabkan kepada Ahli Parlimen untuk disalurkan kepada rakyat.

“Peruntukkan ini bukan untuk digunakan untuk tujuan peribadi, sebaiknya disalurkan bagi menyelesaikan segala masalah rakyat khususnya di Parlimen Kota Belud,” katanya.

Munirah mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan semula keputusan ini serta mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen dalam tempoh terdekat

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles