26 C
Kota Kinabalu
Friday, March 24, 2023

908 Peneroka Wilayah Timur LKTNS terima hampir RM22,000 dividen

TAWAU: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) membayar sejumlah RM21,299,702 dividen tahun 2022 kepada seramai 908 peneroka di Wilayah Timur.

Pengerusinya, Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin berkata,  daripada jumlah tersebut RM8,399,210 adalah tabungan peneroka yang akan diagihkan pada setiap hujung tahun.

Katanya, purata dividen peneroka adalah RM1,955 sebulan, melebihi sasaran RM1,600 sebulan.   

“Daripada angka tersebut, seramai 261 peneroka Ladang Apas Balung/Merotai menerima dividen berjumlah RM9,895,034.

“Sebanyak RM4,362,801 adalah tabungan, manakala purata pendapatan adalah RM3,715 sebulan,” katanya di sini hari ini.

Abd Ghani berkata, dengan adanya agihan pendapatan itu, akan meningkatkan lagi keyakinan peneroka untuk terus menyokong segala usaha yang dilaksanakan LKTNS demi kebaikan dan jaminan masa depan bersama.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles