KOTA KINABALU : Buat pertama kalinya, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) diterajui wanita menerusi pemilihan Mariah Doksil sebagai presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu, hari ini.
Datuk Mugunthan Vanar tidak mempertahankan jawatan itu yang beliau sandang sejak 2017 dan dilantik sebagai Penasihat SJA.
Mariah, wartawan The Borneo Post akan dibantu naib presiden Ricardo Unto dari Daily Express bersama Ahli Jawatankuasa baru yang dipilih menyaksikan gandingan wartawan muda dan lama.
SJA ditubuh secara rasmi pada 1994 sebagai sebuah persatuan bagi menjaga kebajikan wartawan di Sabah serta menjalin kerjasama startegik dengan jabatan, agensi kerajaan dan swasta.
Barisan penuh kepimpinan SJA 2025-2027 adalah seperti berikut:
• Presiden: Mariah Doksil (Borneo Post)
• Naib Presiden: Ricardo Unto (Daily Express)
• Setiausaha: Siti Aisyah Narudin (Utusan Borneo)
• Naib Setiausaha: Mohd Nazllie Zainul (Daily Express)
• Bendahari: Angela Tan (Sabah Sin Chew Daily)
• Naib Bendahari: Nancy Lai (Borneo Post)
Ahli Jawatankuasa (AJK):
– Vivi Olviana Najurus (Utusan Borneo)
– Fardy Bunga (Nabalu News)
– Sandra Sokial (The Star)
– Jegathisan A/L Sivanesan (Borneo Post)
– Stephanie Lee (The Star)